topbella

Wednesday, November 16, 2011

BEBY DUYUNG YANG PERTAMA DIJUMPAI DI DUNIA.


wartawan:
"bagaimana pak cik menemuinya?"

pak  ucop:
"Kebetulan semasa itu pacik sedang berjoging di tepi pantai, tiba-tiba pak cik ternampak seorang kanak-kanak yang duduk di atas batu, pak cik pun heran, mana pergi ibu dan bapa budak ini"

wartawan:
"kemudian apa pak cik lakukan"

pak ucop:
"Pak cik pun mendekati ar budak tu, maklumlah sekarang ini banyak sangat kes pembuangan bayi"
"Bila pak cik mendekati budak itu pak cik pun terkejut sebab budak itu tak berkaki"

wartawan:
"hah!! tak berkaki?"

pak ucop:
A,ah, tak berkaki tapi berekor...!!

wartawan:
"Wah...ini boleh menjadi isu hangat ni pak cik, tak sia-sia saya datang tuk menemu bual pak cik"
Bila kejadian ini berlaku pak cik??

pak ucop:
"Kejadian ini berlaku selepas pak cik terjaga dari TIDUR..."

wartawan:
*&%&^$%#*%**^*............

*nota budak gendut : Kalau sapa tak mengaku anak sapa, ak cop dulu !

Wednesday, July 27, 2011

Tutorial Hide Shoutbox with Cute Cover





Assalamulaikum..
Oke hari aku ase macam nak share satu TUTORIAL.
Tutorial tu aku amik dari seorang rakan blogger.
Memang sangat berguna bagi korang yang baru nak design blog macam aku..

Oke, Nama tutorial tu adalah, TUTORIAL HIDE SHOUTBOX WITH CUTE COVER.
Haaa.. Amacam?
Macam best je dengar kan?
hehe.
Lets read This Tutorial.

Langkah pertama :
Pergi dekat DASHBOARD>DESIGN>ADD GADGET>HTML/JAVA SCRIPT

Langkah Kedua:
Copy code kat bawah ni

<style type="text/css">

#gb{
position:fixed;
top:50px;
z-index:+1000;
}
*html#gb{position:relative;}

.gbtab{
height:500px;
width:260px;
float:left;
cursor:pointer;
background:url('URL PIC YANG KORANG SUKA') no-repeat;
}
.gbcontent{
float:left;
border:2px solid #00000;
background:#F5F5F5;
padding:10px;
}
</style>

<script type="text/javascript">
function showHideGB(){
var gb = document.getElementById("gb");
var w = gb.offsetWidth;
gb.opened ? moveGB(0, 150-w) : moveGB(170-w, 0);
gb.opened = !gb.opened;
}
function moveGB(x0, xf){
var gb = document.getElementById("gb");
var dx = Math.abs(x0-xf) > 10 ? 5 : 1;
var dir = xf>x0 ? 1 : -1;
var x = x0 + dx * dir;
gb.style.right = x.toString() + "px";
if(x0!=xf){setTimeout("moveGB("+x+", "+xf+")", 10);}
}
</script>
<div id="gb">
<div class="gbtab" onclick="showHideGB()"> </div>
<div class="gbcontent">

MASUKKAN KOD SHOUTMIX KORANG KAT SINI 

<div style="text-align:right">
<a href="javascript:showHideGB()">
[close]
</a>
</div>
</div>
</div>
<script type="text/javascript">
var gb = document.getElementById("gb");
gb.style.right = (140-gb.offsetWidth).toString() + "px";
</script>


Oke? dah paham?
Bagi ampa yg nak buat cover yg comel-comel, tapi xreti-reti macam aku, korang boleh la ampa copy paste je URL pic ni dan letak dekat code shoutbox tu.

code comel pertama :

http://i1134.photobucket.com/albums/m615/momoiro_renka94/tumblr_lc6cjwbVr41qcgmzqo1_400.png

code comel kedua :

http://i1134.photobucket.com/albums/m615/momoiro_renka94/tumblr_lc2hm6MFOP1qcgmzqo1_400.png

code comel ketiga :

http://i1134.photobucket.com/albums/m615/momoiro_renka94/tumblr_lbpphdpqLh1qcgmzqo1_400.png

code comel keempat :

http://i1134.photobucket.com/albums/m615/momoiro_renka94/tumblr_lbi94i6qL21qcgmzqo1_400.png



Oke sayang sekelian, 
SELAMAT MENCUBA
:)
                                                                                                                               





Tuesday, July 26, 2011

Rahsia Mata Wanita.





Assalamualaikum.
Arini aku nak share pasai MATA.
Sebab mungkin abah aku kata mata aku juling itik..
huhu..
so, aku pown terjah punya terjah kt dunia jejaring ni..
aku jumpak jugak rahsia tentang MATA WANITA.
Jom baca reramai.

Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati..... Mata juga 
mengungkap pelbagai makna....firasat tersirat. Namun firasat ini 
hanyalah sekadar menambah pengetahuan, 
tentang tingginya rahsia pusaka Melayu lama 
yg kaya dgn pelbagai ilmu tilikan tentang insan bergelar WANITA. 
Sejauhmana kebenaran tidaklah diketahui dan 
mungkin sekadar kebetulan 
semata-mata....

SIFAT MATA WANITA SIKAP WANITA


Saiz mata kecil
Peramah, banyak cakap,
kurang pertimbangan. 
Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya.
Bersikap periang tapi 
bila marah lambat sejuknya.
Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas.
Boleh bahagia dengannya jika dapat 
penuhi kehendak duniawinya 
dan melayan syahwatnya dengan baik.

Saiz mata sedangSederhana, 
tidak banyak berahsia, 
ada pertimbangan, 
bertanggungjawab serta 
perlukan belaian mesra suami.

Saiz mata lebar 
Cukup kuat berahsia,
otak kurang cergas, 
pemarah,bertindak tanpa fikir panjang,
kurang teratur, tiada arah 
tujuan dan putus asa.Tapi boleh setia.
Nafsu syahwat tinggi.

Mata selalu berkedip
Pemaaf, senang dibawa berbincang, 
memahami dan sabar.
Wanita ini baik

Mata jarang berkedip
Wanita ini istimewa, bijaksana
baik pekerti, setia, adil bertangungjawab 
tidak cerewet, membantu & membahagiakan

Mata cengkung
Kurang memuaskan, 
materialistik,hidup dengannya boleh sengsara
kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang, 
bila anda susah dia tidak peduli.

Mata redup
Wanita ini mudah dipermainkan, 
tidak dapat kawal emosi, 
Hati tidak tetap,
banyak kenalan kurang sahabat, 
mengumpat, irihati, 
kejam, kasar,mencemuh, pemarah.

Matanya seolah tersembul keluar 
Sifatnya baik, rela, tabah, 
menyenangkan,ikut kata. 
Tapi mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak
dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.

                                                                                                    


Tuesday, July 19, 2011

Manusia yang tidak Solat vs Khinzir ; Siapa Lebih Mulia ?



Assalamualaikum..
Selamat Sejahtera, dah solat ?
Kalau belum solat pergi la dulu..
Nanti aku jugak yang berdosa buat ampa lalai..

Entry aku kali ni aku nak bagi ampa baca satu artikel..
Lepas baca, meh kita sama-sama muhasarawak diri masing-masing oke!


Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar, malahan orang yang tidak solat lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa a.s.
Kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.
Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. 
Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.
Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu atau isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dan sebagainya. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak tergamak kan?
Tapi lain pula halnya dengan kita hari ni. Pagi petang, mamak. Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati- hati dengan apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s.
Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum".  Maksudnya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu.."
Wa'allahualam
                                   
                                                                                                                              


DOKTOR KE BINATANG?





Assalamualaikum..
Selamat Tengah hari..
Dah Makan?
Kalau tak makan g..
Pergi la makan dulu..
Pastu meh sambung baca entry aku oke..
:)

Entry aku kali ni mungkin agak BLUE sikit..
Tapi aku ! sebagai cikgu yang berdedikasi..
wahaha~
dedikasi la sangatt...!
Tetap nak tunjukkan dekat ampa semua supaya jangan sesekali ikut contoh macam ni..!
Peribahasa yang sesuai untuk aku lemparkan kepada homosapiens ini " HARAPKAN PAGAR ! PAGAR MAKAN PADI"
Memang kalau aku dapat homosapiens ni, aku sekeh dan kerat 18 kali macam akak MONA FENDY kita.. 
hehe~
Maroh ni..!!

Dah jangan cakap banyak, ampa tengok sendiri la tak guna punya orang.. !
Harap saja berilmu, tapi otak letak dekat lutut !
CISSI~

TENGOK-TENGOK !!
( kalau ada adik-adik kecik, cover sikit. kurang sesuai untuk tontonan mereka.. :) )

scene 1 


scene 2


scene 3


scene 4


scene 5
Urghhh!!
Dah la aku tak suka doktor !
Sebab doktor suka sangat paksa aku makan ubat..
Bila tengok pulak scene ni..
Buat aku lagi 18 kali ganda tak suka doktor..
waaaaa..

Actually pic ni aku dapat dari blog ini :
Kalau nak tahu lagi cerita-cerita menarik..
boleh la terus ke blog yg aku dah bagi link ni..

Agak-agak korang kan, pesakit ni dah mati ke belum?
Bayangkanlah kalau pesakit ni mmg dah sakit tenat dan perlukan pembedahan segera, tapi doktor bongek ni punya pasai, ikut nafsu ! lu pikir la seniri.
haiyya~

Kalau aku ni RAJA, memang aku kerah hulubalang aku cari sampai mati manusia ni.
Biar dia bertanggungjawab atas perbuatannya seniri..
wallahu'alam.

*kerana doktor seorang, habis semua doktor dipandang serong ! wahcerlaaa~ bongek!

                                                                                                                              



Friday, June 24, 2011

Tips Kedua : Menjadi Wanita Paling Bahagia di dunia (Dr.Aidh Al-Qarni)





"Maka ketahuilah, sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan Allah."

JALAN MENUJU ALLAH ADALAH JALAN YANG TERBAIK

Boleh jadi jiwa-jiwa ini berasa sedih oleh satu musibah, padahal baginya ada cara penyelesaian semudah melepas ikatan

Apakah kebahagiaan itu? Adakah kebahagiaan itu terletak pada harta? Atau pada pangkat dan keturunan? Jawapannya bermacam-macam..., akan tetapi biarlah kita cuba melihat kebahagiaan wanita ini :

Telah bergaduh seorang suami dengan isterinya, lalu ia berkata : "Sungguh, aku akan celakakan engkau!" Sang isteri berkata dengan tenangnya : "Engkau tak akan mampu." Jawab suaminya : "Mengapa tidak??" Kata sang isteri : "Jika kebahagiaan berada dalam harta, maka engkau dapat menegahnya dariku. Jika kebahagiaan berada dalam perhiasan, maka engkau dapat menahannya agar tidak sampai kepadaku. Kebahagiaan itu bukan bergantung pada sesuatu apapun yang engkau miliki, atau yang dimiliki oleh manusia lainnya, akan tetapi kebahagiaan itu telah aku temukan pada keimananku yang ada di dalam hati. Sedangkan hatiku tidak ada yang menguasainya kecuali Tuhanku sahaja."

Inilah dia sebenar kebahagiaan.. kebahagiaan iman. Tidak ada yang merasainya kecuali orang yang hatinya, jiwanya dari akal fikirannya mengalirkan cinta kepada Allah. Sebab yang memiliki kebahagiaan sejati adalah Allah yang Maha Esa, maka pohonlah kebahagiaan dari-Nya dengan ketaatan.

Satu-satunya jalan untuk mendapatkan kebahagiaan adalah dengan memahami agama dengan benar, iaitu agama yang dibawa oleh Rasulullah saw, maka barang siapa mengetahui jalan ini, nescaya tidak akan menjadi baginya adakah ia tidur di dalam sebuah rumah kecil, berbantalkan rumput, atau hanya makan sepotong roti, akan tetapi ia menikmati kebahagiaan di dunia.

Adapun mereka yang sesat dari jalan ini, maka hari-harinya dipenuhi kesedihan, hartanya akan menjadi beban, amal perbuatannya akan merugikan, dan hujungnya akan tercampakkan. Maka akibatnya adalah kehinaan.

MOTIVASI : Sesungguhnya kita memerlukan harta untuk hidup, akan tetapi ini tidak bermakna bahawa kita hidup semata-mata untuk mencari harta.  



                                                                                                                               



Thursday, June 23, 2011

Tips pertama : Menjadi Wanita Paling Bahagia di dunia (Dr.Aidh Al-Qarni)





" Jangan engkau berputus asa dari rahmat Allah. "

DENGAN ISTIGFAR AKAN MENDATANGKAN REZEKI YANG BANYAK

"Wahai jiran kami, sesungguhnya angan-angan itu adalah dusta, dan kebanyakan sebab dari kejayaan setelah putus asa"

Telah berkata seorang wanita : "Suamiku meninggal dunia ketika aku berumur 30 tahun. Aku memiliki lima orang putera-puteri. Setelah itu, duniaku menjadi gelap. Aku sentiasa menangis sampai air mataku menjadi kering dan sentiasa menyesali nasib yang menimpaku. Aku menjadi orang yang berputus asa. Aku sentiasa bersama kesedihan, dan juga kegundahan dalam hidup. Putera-puteri ku masih kecil dan aku sama sekali tidak memiliki pendapatan yang mencukupi untuk menyara hidup. Jalan yang aku tempuhi adalah menjual sedikit harta warisan suamiku yang sempat diwariskan olehnya.

Suatu ketika aku masuk bilik untuk mendengarkan al-Quran dari radio. Ada seorang syeikh yang berkata : "Barang siapa memperbanyakan istigfar, maka Allah akan menjadikan baginya jalan kesenangan dari setiap kesedihan, dan jalan keluar dari setiap kegelisahan." Setelah itu, aku memperbanyakan istigfar, demikian juga aku menggalakkan kepada anak-anakku untuk melakukan perkara yang sama. Aku memperingatkan mereka untuk menjadikan istigfar itu sebagai amalan seharian. Hasilnya, tidak lebih dari enam bulan kami mendapat tawaran bagi projek barang yang kami miliki dengan keuntungan yang berjuta-juta. Anakku yang pertama menjadi pelajar yang paling ternama di daerah kami dan dapat menghafal al-Quran dengan sempurna. Kerananya menjadi perhatian umum, rumah kami dipenuhi dengan anugerah kebaikan. Hidup kami menjadi serba kecukupan dan Allah telah memberi kebaikan kepada putera-puteriku. Tidak ada lagi kesedihan kebimbangan dan kegelisahan. Sejak saat itu, aku merasa telah menjadi wanita paling bahagia.

MOTIVASI : Jika engkau menyerahkan hidupmu kepada keputus asaan, maka engkau tidak akan mengetahui sesuatu, dan engkau tidak akan mendapatkan kebahagiaan. :) 



Thursday, May 26, 2011

Faham Fikah.. ^_^





Assalamualikum…
Salam Isyak..
Hekhek~
 Hari ni aku nak ampa baca satu kisah..

SyafiQah termenung. Dia berasa sungguh sedih. Pada fikirannya, segelas minuman sejuk perisa buah-buahan yang tersedia di hadapannya terpaksa dicurahkan begitu sahaja ke dalam singki. Dia tidak berani hendak menikmatinya. Namun sebenarnya dia juga tidak sanggup hendak membuang minuman kesukaannya itu.

" Minumlah air itu. Kenapa dipandang saja?" Emak menyapa, membuatkan Syafiqah sedikit terkejut. Dia menunggu emaknya datang dekat kepadanya.

" Kenapa? Syafiqah tidak suka?" Tanya emak lagi.
" Bukan, tapi ada semut. Banyak ... empat lima ekor," Jawab Syafiqah.
" Mana ada semut ..."
" Ikah dah buang. Ikah cedok dengan sudu."

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh at-Tarmizi, Rasulullah SAW bersabda :
"Wahai Salman, setiap makanan atau minuman yang di dalamnya ada binatang yang tidak mempunyai darah yang mengalir, yang mati di dalamnya, maka, makanan atau minuman itu halal dimakan dan diminum serta juga untuk dibuat berwuduk.”

Dalam hadis yang lain : Rasulullah SAW bersabda : "Apabila terjatuh lalat ke dalam minuman, maka hendaklah lalat tersebut dibenamkan, setelah dibenamkan ia perli dibuang kerana pada sebelah sayapnya ada penyakit dan pada sayap sebelah lagi ada penawar.” (RIWAYAT BUKHARI, ABU DAWUD DAN IBNU MAJAH DARIPADA ABU HURAIRAH R.A)

Boleh dibuat kesimpulan berdasarkan hadis ini bahawa semut bukanlah binatang najis. Semut dan juga lalat merupakan binatang yang tidak mengalir darahnya ( tidak berdarah). Malah dari aspek kebersihan, semut lebih suci dan bersih berbanding lalat.

Semut tidak menajiskan air atau minuman dan makanan. Buang semut yang terjatuh di dalam minuman dan air itu masih boleh diminum. Tiada perselisihan ulama dalam masalah ini. Semuanya berpendapat lalat yang terjatuh ke dalam makanan atau minuman itu boleh diminum atau dimakan.

SUMBER : USTAZ DR NIK YUSRI ( MAJALAH TERBITAN ASUH) ^_^

Haaaa..dah baca ke??
Kalau dah baca..
dah paham??
Kalau dah paham..
Jangan lupa ceghiter kat kengkawan yang lain oke.!
Bagi sapa2 ada anak, ceghiter kat anak pulak oke..!! 





Wednesday, May 11, 2011

Cikgu kita...





Assalamalaikum…
16 Mei ni adalah hari cikgu kan??
Hehe~
Apa pulak lah cikgu ain ni nak ceghiter pasai hari cikgu ni..
Tak boleh sambut jugak ke??
Hekhek~

Boleh sesangat nak sambut hari cikgu..
Tak dak larangan dalam agama..
Malah agama Islam menggalakan kita untuk meraikan cikgu..
Cikgu ni ibarat lilin yang membakar diri..
Sesuatu ilmu yang kita ada ni hanya akan dapat keberkatan jika cikgu meredhainya..
Jadi..
Berbuat baiklah dengan cikgu ampa...

Ceghiter pasai cikgu ni..
Aku jugak bakal cikgu...
Nak kata aku ni cikgu yang baik..
Tak lah baik tara mana pown..
Sikit-sikit ja..
Hekhek~
Tapi baiklah jugak dari ampa semua..
Muahahaha~

Aku yakin dan pasti ampa semua mesti ada kenangan dengan cikgu ampa..
Kan?
Baik kenangan maneh..
Or kenangan buruk..
Hekhek~
Dulu masa kecik-kecik..
Kalau tanya sikit..
besaQ ni nak jadi apa..
mesti ampa akan jawab nak jadi cikgu..!!
kan?
Tengok, kecik-kecik ampa pown ampa dah ada niat yang baik..

Tapi kan..
Bila besaQ bila tanya balik nak jadik apa..
Semua orang dah ada cita-cita masing-masing..
Dan tak lah ramai tara mana pown yang nak jadik cikgu..
Pasainya orang selalu pikiaQ cikgu ni low propesyen!!
Aku jelah yang still lagik sanggup nak jadik cikgu..
Sebab tu aku kata kat ampa yang aku ni baik sikit dari ampa semua..
Muahahaha~motifff????
Apekah??

Takdaklah..
Ampa pown baik..
Semua orang baik..
Pasainya kita ni semuanya fitrah datang dari kebaikan...
Cumanya kita dipengaruhi oleh beberapa unsur macam nafsu..
Nafsu ni bukan semuanya nafsu jahat..
Nafsu pown ada peringkat-peringkat..
Nanti kita ceghiter bab nafsu oke..!!
Kang lari plak tajuk entry aku..

Oke! Balik kepada bab cikgu ni..
Kat sekolah..
Cikgu ni adalah orang tumpuan kita..
Betoi tak?
Cikgu pakai baju apa hari ni..
Cikgu pakai kasut apa hari ni..
Warna baju cikgu matching ke tak..
Cikgu pakai tudung senget ka..
Cikgu pakai baju yang sama ka..
Cikgu naek kereta apa..
Semuanya kita tau..!!
Dan kita jugak boleh ingat baju yang dipakai oleh cikgu-cikgu kita..
Betoi tak?
Terutamanya bila ampa semua ni tak ingat nama cikgu tu..
Tapi ampa nak ceghiter tentang cikgu tu kat member-member..
Ampa akan cirikan cikgu tu melalui baju yang dia pakai..
Contohnya :
” Ala, cikgu yang selalu pakai tudung macthing dengan baju tu..”
” Kenai tak cikgu ni..yang selalu pakai kasut tinggi warna kelabu tu..”

Tengok-tengok??
Ampa dapat describe tentang cikgu tu dengan details sekali..
Sampai kawan ampa kata macam ni..
‘ oooooo cikgu tu..kenai-kenai..pasaipa ??’
Kan ?

Kadang-kadang ampa jugak selalu kutuk-kutuk cikgu tanpa ampa sedaQ..
Betoi tak ?
Tak percaya ?
 P muhasarawak balik diri sendiri..
Kita ni rajin dok kata kat cikgu..
Kadang-kadang terdetik kat dalam hati tentang keburukan cikgu tu pown dah tak baik..
Macam mana pown kelakukan cikgu kita tu..
Dia tetap cikgu kita..
Dan kita akan terus kekal panggil dia dengan gelaran cikgu..
Cikgu Siti..
Cikgu Ain..
Cikgu Siti Nurain..
Muahahahah~
Nama aku la..
Hek~
Kalau ampa selalu dok kutuk-kutuk cikgu..
Baik ampa p mintak maaf..
Sebab tu result ampa tak elok!!
Muahahaha~
Kalau cikgu tu dah kecik hati..
Habis lah ampa..
Bukan aku nak suruh ampa p puja cikgu..
Tapi hormatlah depa..
Depa yang bagi kat kita ilmu..
Kalau depa tak dak..
Buta huruf lah kita kat dunia ni..

Okelah ..
Aku malas nk beletiaQ panjang..
Tak lama lagi hari guru..
 P la wish kat cikgu-cikgu ampa even ampa ni dah habis sekolah..
Dah besaQ tua bangka..
Jasa cikgu tu sikit pown ampa tak boleh balas..
Kalau susah p telepon cikgu..
Wish kat depa..
Tak kan berkira KOT..
Bergayut dengan aweks dan pakwe ampa tiap2 hari boleh ja..
Ni setaun sekali ja pown tepon cikgu..
Boleh kan..
Sama-sama kita cuba oke!

Kalau rajin..
P melawat cikgu ampa..
Mesti depa terharu biru punya..
Dalam diam..
Dia doa untuk ampa..
Berkat hidup ampa..
Tak mau ka macam tu..??

Meh kita hayati sajak ni..
Dari pak cik sasterawan kita..
Usman Awang..

GURU OH GURU..

Berburu  ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

TERIMA KASIH CIKGU-CIKGU KU..
MUAH! MUAH! UNTUK CIKGU..!