topbella

Monday, March 14, 2011

Bersama Kita renungkan..



Assalamualaikum...
Hari ni keadaan cuaca di Malaysia untuk kebanyakan negeri adalah mendung dan hujan..
Bunyi guruh dan kilauan kilat yang memancar seakan-akan memberi petanda..
Semoga hujan yang turun ini adalah hujan rahmat dan bukannya bala daripada ALLAH S.W.T..
Keadaan cuaca yang tidak menentu telah menunjukkan bahawa bumi sekarang ini sedang menggelegak di dasarnya..
Jika dilihat, dipandang, dikaji dan difikirkan dengan bijaksana..
Itu adalah tanda-tanda HARI KIAMAT akan menjelang tiba..
Beberapa hari yang lepas, dengan tidak disangka-sangka,
Sebuah negara yang begitu terkenal dengan kecanggihan dan kemodenannya telah berlakunya gempa bumi didasar laut di Timur negara tersebut dan mengakibatkan negara tersebut dilanda tsunami dengan begitu dashyat sekali..
JEPUN sebuah negara yang sering dijulang-julang dengan pelbagai ciptaan teknologinya yang tercanggih dan terkenal serta termoden di mata dunia, tetap kalah dengan sedikit ujian daripada Yang Maha Kuasa..
Jika sebelum ini, Jepun telah mengambil ikhtibar daripada negara-negara lain yang dilanda bencana yang sama dengan mencipta pelbagai alat untuk mengesan bencana-bencana tersebut, Namun sehebat mana mereka dapat menghalang kekuasaan ALLAH S.W.T..
Jelaslah disini membuktikan bahawa,
sehebat mana pun,
sekuat mana pun,
seagung mana pun,
setinggi mana pun,
mereka tetap kalah dengan kekuasaan Tuhan Sekelian Alam..


.......................................................................................................................................................


Bismillahhirrahmanirrahim..
"Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"
Arrahman
"(Allah) Yang Maha Pengasih"
A'llamalqurra'an
"Yang telah mengajarkan Al-Quran"
Qalaqalinsan
"Dia menciptakan manusia"
Allamahulbayaan
"mengajarnya pandai berbicara."
Assyamsu Wal Qamaru bi Husbaan
"Matahari dan bulan beredar menurut perhitungan,"
Wannajmu Wasy'ajaru Yasjudaan
"dan tetumbuhan dan pepohonan, keduanya tunduk (kepada-Nya)"
Wassamaa' Rafa'aha Wawadho'al mizaan
"Dan langit telah ditinggikan-Nya dan Dia telah ciptakan keseimbangan,"
Alla thad'ghau fil Mizaan
"agar kamu jangan merusak keseimbangan itu,"
Wa'qhimul Wazna bil Qisti Wala Thuq'sirul Mizaan
"Dan tegakkanlah keseimbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi keseimbangan itu."
Wal Ardha Wadho'aha lil anaam
"Dan bumi telah dibentangkan-Nya untuk makhluk(-Nya),"
Fiha Faakihatun Wannaqhlu zatul Akmaam
"di dalamnya ada buah-buahan dan pohon kurma yang mem-punyai kelopak mayang,"
Walhabbu zul as'fii Warraihaan
"dan bijian-bijian yang berkulit dan bunga-bunga yang harum baunya."
Fabi'ail i'alaa irabbikuma Tukazzibaan
"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"


Tak mampu ditulis sepenuhnya translation untuk surah ini kerana dikhuatiri terdapat kesalahan tajwid dan sebutan.
Namun, di dalam surah ini telah jelas maksud-maksudnya untuk setiap apa yang telah terjadi sekarang ini..
Cumanya dimana kita meletakkan pemikiran yang telah Allah kurniakan ke atas makhluknya iaitu manusia untuk setiap kejadian yang berlaku..
Semoga bencana yang berlaku ini tidak membuatkan kita terlupa dan terleka dengan keasyikkan dunia.




disini di sertakan link dimana bukti kekuasaan Allah s.w.t..
bersama kita renungkan..
yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu juga datang dari Allah atas kelemahan dan kelalaian diri kita sendiri


http://www.abc.net.au/news/events/japan-quake-2011/beforeafter.htm

1 doakan Wardatul Jannah kurus :):

Anonymous said...

semoga kita semua dlm lindungan rahmatnya.. insyaAllah.. amin..

Post a Comment

Mendoakan kebahagiaan cikgu ain rafaaeell :)