topbella

Saturday, March 26, 2011

Rindu Pada-Mu..





Bila duduk sorang-sorang waktu pagi-pagi ni...
Terfikir aku tentang kisah-kisah silam...
Terlalu banyak kenangan..
http://www.emocutez.com
http://www.emocutez.com
Suka..
Duka..
Pahit..
Manis..
Masih segar dalam memori aku ni..
Even dah banyak semut-semut yang aku makan..
Tapi ingatan-ingatan itu masih segar umpama darah kematian orang yang syahid di jalan Allah..
Allah Hu Rabbi..
http://www.emocutez.com
Andai dapat ku undur kembali masa-masa lalu..
Aku tak nak sorang pown pernah tercipta memori bersamaku..
Pedih rasanya bila terpaksa meninggalkan orang-orang yang telah mencatatkan memori dalam hidup ini.
Kenapa perlu bertemu kalau untuk berpisah..
Kawan..
Sahabat..
Cinta..
Pengorbanan..
Kejujuran..
Semuanya menjadi resepi sebuah memoir kehidupan yang sementara ini..
Rindu pada semua ini tiada berbelah bahagi..
Gambaran filem lama satu persatu menusup di fikiran..
Ligat menunggu giliran untuk ditayangkan..
Senyum..
Gelak tawa..
Tangisan..
http://www.emocutez.com
Gurauan..
Menjadi pelengkap sebuah filem yang tiada tandingan ciptaannya..
Dicipta oleh pengarah Yang Maha Hebat..
Subhanallah..
Pernah dahulu diri ini menyakiti banyak perasaan..
Dek kerana kurangnya pendedahan erti kebenaran dan pengorbanan..
Pengalaman mengajar erti kekuatan..
Kehidupan mengajar erti ketelusan..
Di iringi doa kasih dan rindu dari seorang insan yang terletak syurga di tapak kakinya..
Insan yang tiada penghujung kasih sayangnya..
Aku masih berdiri kukuh walaupun masih terdapat peralihan pasca-pasca kehitaman..
Allah Hu Akhbar...
Maha Suci Engkau atas segala nikmat kekuatan..
Benar iman seseorang itu tidak sentiasa di atas puncak yang di sanjung-sanjung..
Kadang-kadang, terjatuh..tersungkur.. terletak di telapak yang memijak sejuta kehinaan..
Terkapai-kapai diri ini memanggil nama penciptaNya..
Minta diberi sekali lagi peluang untuk secebis kehidupan ini..
Apakah aku diterima..
Atau aku dibiarkan saja..
Kerana dosaku yang menggunung ini..
Cinta ku ini..
Tiada berbelah bagi..
Andainya dugaan ini menjadi syarat untukku menuju kehidupan yang abadi..
Kehidupan yang diberkati..
Teruskanlah Wahai Sang Pencipta..
Aku sanggup..
Sehingga ke titisan roh yang terakhir..
Tidak tertanggung lagi rasanya untuk merasa kepedihan yang menyala-nyala itu..
Menunggu untuk diisi..
Relaku diuji sehebat ujian didunia yang penuh lakonan ini..
Tedirinya pelakon-pelakon yang terhebat..
Daripada merasa nyalaan itu meratahi tubuhku yang penuh dengan noda-noda kepalsuan..
Penuh penipuan..
Penuh keingkaran..
http://www.emocutez.com
Sungguh aku rindu..
Belaian tahajud di malam hari..
Yang kini meninggalkan aku jauh keseorangan..
Mengapa Sang Pencipta?
Apakah aku tidak layak untuk merasai ketenangan itu..??
Atau mungkin kerana cahaya itu merajuk kerana aku mengabaikannya??
Aku mohon Sang Pencipta..
Pujuklah ia supaya kembali menemani aku yang sedang kehausan keimanan ini..
Sungguh aku rindu padamu kekasihku tahajud..
Kerana kau akan menemani aku bertemu Dia bukan?
Aku ingin melamarmu sekali lagi..
Mengisi kekosongan hidup ini...
Sudikah kau.. wahai Tahajud..
http://www.emocutez.com


Tiada kata yang dapat menggambarkan perasaanku tika ini...

0 doakan Wardatul Jannah kurus :):

Post a Comment

Mendoakan kebahagiaan cikgu ain rafaaeell :)