topbella

Monday, April 18, 2011

Selamat Menduduki Peperiksaan.. (^_^)



Assalamualaikum..
Selamat pagi semua...!!!
Hari ni hari isnin kan??
Aku percaya ramai yang ada exam harini..
Kepada sapa-sapa yang amik exam harini..
Selamat berjaya aku ucapkan..
Moga kalian semua dipermudahkan segala urusan..
InsyaAllah..
Aminn Ya Rabbal Alamin..

Kalau diikutkan..
At tyme now adalah tyme-tyme hujung-hujung semester..
So, boleh kata semua unibersiti adakan exam right??
Tak terkecuali jugak aku...
Aku mula start exam mase 16 APRIL 2011 dengan paper PERBANDARAN..
Sehari sebelum exam aku dah mula start demam..
SAKIT TEKAK + SELESEMA
DUGAAN betul kan..
Tapi tak pela..
Aku redha jer..
Sem ni memang banyak dugaan..
Sem ni lah kita semua tak de study week kan??
Kelas pown habis sehari sebelum tarikh exam..
Bilanya nak study..
Hek~


Tapi aku percaya dan yakin..
Mesti ramai yang start study awal-awal kan..
Bagos betoi la ampa semua ni..
Tak rugi ampa jadi kawan aku..
heh~
Jangan ikut macam aku...
Esok nak exam malam ni baru nak cari nota..
hek~

Pape pown lepas ni aku masih ada lagi 5 paper untuk dihabiskan..

PERKEMBANGAN ALIRAN POLITIK DI MALAYSIA - 22/04/11 (3.00PM)
KAUNSELING DALAM ISLAM - 23/04/11 (2.30 PM)
PEMBANGUNAN WILAYAH - 26/04/11 (2.30 PM)
PEMBELAJARAN DAN PERKEMBANGAN PELAJAR - 28/04/11 (9.00AM)
PENGURUSAN PELAJAR - 30/04/11 (9.00AM)


Ni lah paper yang aku belum jawap lagik..
Dalam banyak-banyak paper.. aku paling nebes nak jawab politik..
Hek~
Pasai aku tak minat lasum politik..
Urghhh!!
Tapi nak tak nak aku kene jugak jawap...


Aku harap semester ni aku dapat cover balik pointer aku yang jatuh sem lepas..
Memang aku rasa MALU + DOWN bila dapat result sem lepas..
PNGS - 3.49, PNGK - 3.58..
Dapat jer result ni aku rasa macam nak simpan dalam tanah jer..
Tapi nak buat cane..
Sapa suh tak study lek lok.. kan?
Berbaloi la result aku camni..
Aku harap jugak sem ni aku berjaya mengukir senyuman di bibir MAK ngan ABAH aku..
Mintok maaf mak ngan abah along tak dapat berikan yang terbaik untuk kalian..
Aku harap sem ni aku berjaya naikkan pointer aku..
Teringin aku nak dapat 4.00 Flat..
Sekarang aku dah nak masuk semester 5 dalam IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN..
Harap masih ade peluang untuk aku dapat kelas pertama..
3.75 untuk pointer keseluruhan..bila akhir semester.
Pasai aku nak jadikan pinjaman PTPTPN tu sebagai BIASISWA..



Aku tau bukan aku jer yang pasang niat camni..
Semua antara kita nak berjaya dalam pelajaran kan?
Atau berjaya dalam segala bidang yang kita ceburi..
Chaiyork-chaiyork!!!
Moga niat kita ni dipermudahkan oleh YANG MAHA ESA..


Semoga pensyarah-pensyarah kita berada dalam keadaan tenang masa semak paper kita..
Moga kesalahan yang sikit-sikit ni dia dikaburkan pandangan oleh ALLAH S.W.T..
InsyaAllah...
Moga-moga..
Mudah-mudahan...


Last tapi bukan terakhir..
Aku sentiasa mengharapkan doa-doa kalian-kalian..
Semoga kita semua berjaya dunia akhirat..
Tak seronok tengok kita jer berjaya tapi kawan-kawan kecewa..
Kan?
So, sharing is caring..
Sharing is Sexy..
SALAM IMTIHAN buat semua sahabat..!!




2 doakan Wardatul Jannah kurus :):

Arisa said...

gud luck utk kamu. all the best :)

Wardatul Jannah said...

thanks syg..semoga ALLAH memberkati kamu juga.. dipermudahkan segala urusan dunia akhirat.. :)

Post a Comment

Mendoakan kebahagiaan cikgu ain rafaaeell :)