topbella

Friday, May 6, 2011

Asal usul sambutan hari ibu..




Assalamualaikum..
Apa habaQ ampa semua?
Sihat noh?
Aku pown sihat jer..
Alhamdulillah..

Lama dah ase tak update blog kan?
Hekhek~
Bukan malas..
Tapi tak dak idea..
Hek~

3 Mei lalu hari ibu kan?
Aku terlupa tarikh tu hari ibu..
So aku tak wish pown kat mak aku..
Baru semalam aku teringat..
Pasai tahun-tahun sebelum ni aku tak pernah lupa..
Haishh!!

Aku rasa mesti mak aku kecik hati bila aku tak wish..
Hehe..
Tapi aku sedapkan hati..
Tak semestinya time hari ibu ja aku nak kena wish kat mak aku..
Hari-hari lain..
Kita lupa kat mak kita..
Tak kan?
Hekhek~
 So, aku dengan pantasnya aku sent mesej kt adik aku..
Suh tunjuk mesej yang aku hantaQ kat dia dekat mak aku..
Simple jer ayat aku..
" Along sayang mak.."
" terima kasih atas kasih sayang mak kat kami semua selama ni.."

 Ape? Nape tak tipown jer?
Bukan aku tak mau tipown..
Tapi Aku malu sikit..
Hekhek~
Ngan mak seniri pown nak malu kan..
Adoilaa~

Tapi hari ni aku ada follow satu blog ni..
Nama blog tu..
TAZKIRAH..
Dari situ aku dok baca entry-entry blog tu..
Memang banyak betoi manfaat yang aku dapat..
Ni link blog tu..


Kat blog tu..
Aku ada baca entry pasai SAMBUTAN HARI IBU..
Aku pown baca la..
Mula-mula mindset aku ingat nak citer pasai kebaikan hari ibu ni..
Tengok-tengok ceghiter pasai ASAL USUL HARI IBU..
Dah habis baca aku terpikiaQ, nasib baek aku tak wish kat mak aku..
Memang ALLAH tu MAHA PENGASIH..
Dia jadikan setiap sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya..
Kalau ampa nak tau..
Meh baca artikel ni..




Baca!!
Lepas tu sebarkan..!!


ASAL USUL SAMBUTAN HARI IBU..

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Sumber : http://www.mothersdaycentral.com/about-mothersday/history/

10 doakan Wardatul Jannah kurus :):

dyLa aDiLa said...

ain, thanks atas info yg berguna nie..
seyes mmg xtaw lngsung... nk jdikan cite lupe jgak nk ckap kat mak huhuhu~

Wardatul Jannah said...

@dyla adila : sama2 syg..ain pown terkejut gak la bila baca tentang artikel ni..sebelum2 ni tak tau langsung.. bgtau kat org sama nah..hekhek~

kay shafiQ said...

Sat na, bkan sok ka Mother's day. Ni yg konpius

Wardatul Jannah said...

@kay shafiQ : hahaha~ ntah! kawan kami kata 3 mei! urghh! lagi la konpius.. pape pown.. tiap2 hari adalah hari ibu.. dan hari pape jela yg ampa nk sambut.hek~

hamzah ian said...

aku syg ibu aku.. hehehe

Wardatul Jannah said...

@hamzah ian : kami pown sayang kat mak kami jugak..!! sayang sangat..!!

Abu Bagi said...

eh hari ibu bukanya esok ke? ahad kedua dalam bulan may?..sekadar bertanya..

btw nice info..heheh happy blogging

Wardatul Jannah said...

@abu : hahahaha~ramai jugak kata esok..tapi try baca balik.. tarikh hari ibu berlainan ikut negara..kami pown konpius kami ikut tarikh negara mana..muahahahahhaha~

azim_3110 said...

owh..klu 3 MEI...hari tu la hari pengkebumian ibu AT.. (^^,)
mmg xsempat la klu nak wish pn walopun xpenah2 wish..
hurmmm..OK, utk penjelasan, semua hari2 kemanusiaan (ibu, ayah, kekasih) tidak termasuk dalam 'perayaan' yang perlu disambut oleh orang Islam..
Namun begitu, sudut baiknya bg AT adalah da'wah/peringatan..
seperti yg kite taw, skang ni anak2 sibuk bekerja/berhibur/belajar...sampaikan kadang2 terlupa akan ibu kita..maka dengan adanya hari ibu ni, maka mungkin anak2 akan teringat untuk menghargai dan menyayangi ibu mereka..
berkaitan asal usul...sememangnya dlm Quran menyatakan jika 'meniru' sesuatu kaum maka tergolong dalam kaum itu..ok..contoh lain seperti tarian poco2..Mufti Perak mengatakan Haram sedangkan yg lain mngatakan harus..kenapa??kite lihat pada kesannya..niatnya..caranya..klu niat untuk bersenam, dan kesannya adalah kesihatan, kena pula dgn caranya yg betul, kenapa haram??
samalah mcm hari ibu..niatnya baik, bg mngingati pengorbanan ibu, kot mne2 yg dok sebok hal duniawi sampai lupa ibu sendiri..kesannya hubungan silaturrahim bertambah erat..caranya bukan memuja2, tp kite boleh wat ngan cara ceramah, penulisan (blog,contest,dsbnya),dll..so, apakah ianya juga diharamkan??
berbeza dengan HARI KEKASIH..sememangnya HARI KEKASIH diharamkan sebab akan berlaku penzinaan, maksiat dan gejala sosial lain..
Allahua'lam..sekadar pandangan..

Wardatul Jannah said...

@azim : terima kasih azim.. panjang lebar penerangan awk tu..macehhh!! memang sy setuju sngt2 dengan pandangan awk tu..tapi kadang2 niat tak menghalalkan cara..so ,kalau tak nak jadi camtu..boleh nak sambut hari-hari apa except hari kekasih.. macam hari ibu, hari bapa, hari guru.. sambutlah tiap2 hari..tak semestinya tiba hari tertentu ja kita ingt kat depa..hari2 laen kita lupa.bukankah kita dituntut membaca doa untuk ibu bapa selesai solat fardu..? so, kat sini kalau diamalkan..dah cukup berbaloi..yg penting..terpulang ats individu tu sendiri mcm mana depa nk hargai jasa ibu bapa depa..jgn smpai membelakangkan agama dah.. kan?

Post a Comment

Mendoakan kebahagiaan cikgu ain rafaaeell :)