topbella

Wednesday, May 11, 2011

Cikgu kita...





Assalamalaikum…
16 Mei ni adalah hari cikgu kan??
Hehe~
Apa pulak lah cikgu ain ni nak ceghiter pasai hari cikgu ni..
Tak boleh sambut jugak ke??
Hekhek~

Boleh sesangat nak sambut hari cikgu..
Tak dak larangan dalam agama..
Malah agama Islam menggalakan kita untuk meraikan cikgu..
Cikgu ni ibarat lilin yang membakar diri..
Sesuatu ilmu yang kita ada ni hanya akan dapat keberkatan jika cikgu meredhainya..
Jadi..
Berbuat baiklah dengan cikgu ampa...

Ceghiter pasai cikgu ni..
Aku jugak bakal cikgu...
Nak kata aku ni cikgu yang baik..
Tak lah baik tara mana pown..
Sikit-sikit ja..
Hekhek~
Tapi baiklah jugak dari ampa semua..
Muahahaha~

Aku yakin dan pasti ampa semua mesti ada kenangan dengan cikgu ampa..
Kan?
Baik kenangan maneh..
Or kenangan buruk..
Hekhek~
Dulu masa kecik-kecik..
Kalau tanya sikit..
besaQ ni nak jadi apa..
mesti ampa akan jawab nak jadi cikgu..!!
kan?
Tengok, kecik-kecik ampa pown ampa dah ada niat yang baik..

Tapi kan..
Bila besaQ bila tanya balik nak jadik apa..
Semua orang dah ada cita-cita masing-masing..
Dan tak lah ramai tara mana pown yang nak jadik cikgu..
Pasainya orang selalu pikiaQ cikgu ni low propesyen!!
Aku jelah yang still lagik sanggup nak jadik cikgu..
Sebab tu aku kata kat ampa yang aku ni baik sikit dari ampa semua..
Muahahaha~motifff????
Apekah??

Takdaklah..
Ampa pown baik..
Semua orang baik..
Pasainya kita ni semuanya fitrah datang dari kebaikan...
Cumanya kita dipengaruhi oleh beberapa unsur macam nafsu..
Nafsu ni bukan semuanya nafsu jahat..
Nafsu pown ada peringkat-peringkat..
Nanti kita ceghiter bab nafsu oke..!!
Kang lari plak tajuk entry aku..

Oke! Balik kepada bab cikgu ni..
Kat sekolah..
Cikgu ni adalah orang tumpuan kita..
Betoi tak?
Cikgu pakai baju apa hari ni..
Cikgu pakai kasut apa hari ni..
Warna baju cikgu matching ke tak..
Cikgu pakai tudung senget ka..
Cikgu pakai baju yang sama ka..
Cikgu naek kereta apa..
Semuanya kita tau..!!
Dan kita jugak boleh ingat baju yang dipakai oleh cikgu-cikgu kita..
Betoi tak?
Terutamanya bila ampa semua ni tak ingat nama cikgu tu..
Tapi ampa nak ceghiter tentang cikgu tu kat member-member..
Ampa akan cirikan cikgu tu melalui baju yang dia pakai..
Contohnya :
” Ala, cikgu yang selalu pakai tudung macthing dengan baju tu..”
” Kenai tak cikgu ni..yang selalu pakai kasut tinggi warna kelabu tu..”

Tengok-tengok??
Ampa dapat describe tentang cikgu tu dengan details sekali..
Sampai kawan ampa kata macam ni..
‘ oooooo cikgu tu..kenai-kenai..pasaipa ??’
Kan ?

Kadang-kadang ampa jugak selalu kutuk-kutuk cikgu tanpa ampa sedaQ..
Betoi tak ?
Tak percaya ?
 P muhasarawak balik diri sendiri..
Kita ni rajin dok kata kat cikgu..
Kadang-kadang terdetik kat dalam hati tentang keburukan cikgu tu pown dah tak baik..
Macam mana pown kelakukan cikgu kita tu..
Dia tetap cikgu kita..
Dan kita akan terus kekal panggil dia dengan gelaran cikgu..
Cikgu Siti..
Cikgu Ain..
Cikgu Siti Nurain..
Muahahahah~
Nama aku la..
Hek~
Kalau ampa selalu dok kutuk-kutuk cikgu..
Baik ampa p mintak maaf..
Sebab tu result ampa tak elok!!
Muahahaha~
Kalau cikgu tu dah kecik hati..
Habis lah ampa..
Bukan aku nak suruh ampa p puja cikgu..
Tapi hormatlah depa..
Depa yang bagi kat kita ilmu..
Kalau depa tak dak..
Buta huruf lah kita kat dunia ni..

Okelah ..
Aku malas nk beletiaQ panjang..
Tak lama lagi hari guru..
 P la wish kat cikgu-cikgu ampa even ampa ni dah habis sekolah..
Dah besaQ tua bangka..
Jasa cikgu tu sikit pown ampa tak boleh balas..
Kalau susah p telepon cikgu..
Wish kat depa..
Tak kan berkira KOT..
Bergayut dengan aweks dan pakwe ampa tiap2 hari boleh ja..
Ni setaun sekali ja pown tepon cikgu..
Boleh kan..
Sama-sama kita cuba oke!

Kalau rajin..
P melawat cikgu ampa..
Mesti depa terharu biru punya..
Dalam diam..
Dia doa untuk ampa..
Berkat hidup ampa..
Tak mau ka macam tu..??

Meh kita hayati sajak ni..
Dari pak cik sasterawan kita..
Usman Awang..

GURU OH GURU..

Berburu  ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

TERIMA KASIH CIKGU-CIKGU KU..
MUAH! MUAH! UNTUK CIKGU..!

16 doakan Wardatul Jannah kurus :):

♥c!k Ann♥ said...

selamat hari guru untuk awak!
n to my mum!!

weweeet..nurses day pon dah dekat tau!

cik HUSYI said...

Orite Cikgu!
Terima Kasih ingat kan.


Selamat Hari Guru Cikgu :)
(nak wish awal)

Q E Q E N said...

selamat hari cikgu wannabe :)

a pis of art said...

seronokan jd cikgu..

Miss Are-In Rafaaeell said...

@♥c!k Ann♥ hehe..macehh syg!!! nanti tlg wish dekat mak awk eyh..awak wakil sy! hari nurses pown ade gak ka?? bape haribulan? baru tahu ni..hekhek~

Miss Are-In Rafaaeell said...

@cik HUSYI hehhe..sama-sama syg!! jgn lupa wish dekat cikgu-cikgu kamu tau! thanks for the wishes!! u org pertama wish dekat sy! :)

Miss Are-In Rafaaeell said...

@Q E Q E N cikgu wannababe?? muahaha~ thanks a lots ar sygs!! :)

Miss Are-In Rafaaeell said...

@a pis of art betul tu!! jom pakat-pakat jadik cikgu..hehek~

Chegu Zubir said...

salam.....datang singgah dan baca entry terus jadi folower kamu....hehehehe

jom join
Segmen " Selamat Hari Guru Cikgu."

Mohd Ridhuan said...

Selamat hari Guru...
tanpa guru...siapala kita...

Miss Are-In Rafaaeell said...

@Chegu Zubir maceh cikgu zubir..>!! selamat hari guru jugak untuk awk!! hekhek~ oke! :)

Miss Are-In Rafaaeell said...

@Mohd Ridhuan terima kasihhh!!!!! betul tu! hargai guru anda.. hekhek~

ghostwriter said...

selamat hari cikgu-mikgu ya..!!=)

mya bajuri said...

cikgu mya tak dpt pun wish hari guru dari cikgu ain :'(

SELAMAT HARI GURU CIKGU AIN!

Miss Are-In Rafaaeell said...

@ghostwritermacehhh!! selamat hari cikgu syg!! :)

Miss Are-In Rafaaeell said...

@mya bajuriolololo~ selamat hari guru cikgu mya bajuri!! :)

Post a Comment

Mendoakan kebahagiaan cikgu ain rafaaeell :)