topbella

Wednesday, May 30, 2012

Makanan Terburuk / Patut di Elakkan. :)


1. Daging yang telah diproses

Menurut penyelidikan dari American Institute for Cancer Research, daging yang telah diproses seperti sosej biasanya mengandungi bahan-bahan pengawet yang membahayakan kesihatan dan boleh menyebabkan kanser kolon! Erk~~ Dan yang pastinya mengandungi banyak lemak, garam dan kolesterol

2. Donut

Argh! Macam tak percaya donut yang macam innocent ni tergolong antara makanan tak elok. Dahlah mak saya selalu buat. Hohoho. Tapi yang home made punya takpe sangat kot. Yang jual kat shopping complex tu bahaya sebabnya donut mengandungi kandungan seperti lemak tepu, gula dan tepung yang sangat tinggi. Kalori dalam donut boleh mencecah hingga 300. Hmm.. banyak tu



3. Cip Kentang

Termasuk juga French Fries ye, makanan ini mengandungi  karbohidrat yang boleh mengubah saiz pinggang anda. Selain itu, ia mengandungi acrylamide, iaitu karsinogen yang terbentuk semasa makanan dibakar dalam suhu yang tinggi. Dan acrylamide akan meyebabkan pelbagai jenis kanser. Huhu


4. Makanan Rendah Lemak

Jangan tertipu taw, memang la dia tulis rendah lemak, tapi anda tahu kan, lemak lha penyedap makanan. Semakin banyak lemak, semakin sedaplah makanan itu (fakta). So kalau rendah lemak? Mestilah tak berapa sedap kan? Kalau tak berapa sedap, mesti lepas tu ramai orang tak nak beli kan? So untuk mengelakkan perkara itu, pengusaha makanan itu akan menambah perasa tiruan, garam, gula dan macam-macam lagi






5. Marjerin

Oh no! Ni makanan wajib tiap-tiap pagi ni! Bahaya jugak ke? Marjerin mengandungi kandungan lemak tepu yang tinggi. Okay sebagai alternatif boleh guna merjerin dari sayur-sayuran contohnya seperti olive oil.



6. Air gas

Paling popular pasal air gas ni mestilah kandungan gula dia yang tinggi giler tu. Air gas juga boleh menyebabkan kanser pankreas. Bila dah banyak gula, kebarangkalian untuk mendapat diabetis, kencing manis dan pelbagai lagi penyakit kronik. Bahaya wooo!!



Nota Kaki:

Perasan tak semua makanan di atas memang sedap-sedap belaka dan sekarang ni dah jadi macam trend plak kan makan semua tu Macam donut, saya suka sangat Big Apple. So macam mana? Tak kan nak stop terus kot! Susah la walawehh

Apa yang saya boleh buat ialah kurangkan semua makanan-makanan ni. Maybe mula-mula seminggu sekali, lepas tu sebulan sekali, then lama-lama kita akan terbiasa. Okay tak?

Selamat menjalani kehidupan yang sihat. Ingat tubuh badan kita cuma pinjaman saje. Jagelah ia sebaik-baiknya :)