topbella

Thursday, November 29, 2012

MALAIKAT KECIL


“Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia” Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”. “Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah” ”Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat” ”Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun” Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini” Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi ayah?” Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!” ”Terima kasih Ayah”
Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.
Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. “Nak, apa yang makcik boleh bantu?” Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. ”Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya “Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu” Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya.
Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini” Air mata mulai bergenang di kelopak matanya. ”Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”. ”Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama.
Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu” ”Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”. ”Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi”.
“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka” Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang. Panjangkanlah risalah ini.
Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!
ALLAHUAKBAR!
Wassallam

Tanda-Tanda Akhir Kematian dan Kaitan dengan Waktu Asar



"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70  kali dalam sehari.Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati  orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Malaikat Maut : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk  mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."
Sabda Nabi Muhammad S.A.W

100 Hari Tanda Sebelum Kematian
Tanda ini berlaku selepas asar.Seluruh tubuh iaitu bermula dari hujung rambut hingga ke hujung kaki menggeletar atau menggigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati. 
 

40 Hari Tanda Sebelum Kematian 
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. 

Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya. 

7 Hari Tanda Sebelum Kematian
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

3 Hari Tanda Sebelum Kematian
 Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.

Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam.

Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan. 

1 Hari Tanda Sebelum Kematian
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya. 

Nazak atau Tanda Akhir
 Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

  
*Meskipun tiada dalil dan hadis yang sah mengenai tanda-tanda kematian ini dan hanya berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Imam Al-Ghazali dimana beliau menyedari akan hal ini dan Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

Waktu Asar?
Apa yang membuatkan aku terfikir dan ingin mengkaji adalah kenapa semua tanda ini berlaku pada waktu asar? Mengapa bukan pada waktu yang lain subuh, zohor, maghrib mahupun isyak.

Ya! Wallahuallam, memang hanya Allah yang tahu tetapi kita dikurniakan akal dan pancaindera untuk menkajinya.Jadi berpandukan google dan search engine lain aku cuba mencari maklumat dan kaitkan mengapa waktu asar?

Kebaikan Solat Waktu Asar
Aku cuba menafsir melalui kebaikkan waktu asar, dimana kelebihan solat pada waktu asar.Mengaitkan pada waktu ini terdapat frekuensi warna oren yang melambangkan kreativiti.Orang yang tertinggal waktu asar dikatakan akan hilang daya kreativitinya dan sebab itulah jika kita tidur (jasad terpisah dari ruh) kita berkemungkinan kurang daya kreativiti atau mungkin kurang waras a.k.a gila


Namun melalui pandangan aku ini mungkin agak jauh dari situasi kematian dan aku terus mencari sehinggalah terjumpa...

 "wal asri" (demi masa, waktu asar)-surah al-asr ayat 1

Sebagaimana yang diketahui setiap hari dalam kalendar islam waktu pertama bukan pukul 12:00 a.m tetapi pada waktu maghrib.Waktu asar adalah penghujung hari dan penutup segala catitan pada waktu tersebut.

Sebagaimana yang diceritakan didalam surah tersebut mengapa 'asr' disebut adalah sebagai peringatan bahawa cahaya alam akan dicabut dan malam akan menjelma oleh itu sentiasalah beringat akan kematian dan hari pembalasan kerana masa kian suntuk.

Mungkin ini hanya tafsiran seorang yang amat cetek dalam agama dan mungkin ada yang lebih megetahui akan hal ini jadi cuba kongsikan kerana yang baik itu datangnya dari Allah dan yang lemah adalah dari diri aku sendiri

Wallahuallam...

anda fikir anda tahu Tanda-Tanda Akhir Kematian dan Kaitan dengan Waktu Asar? anda fikir sekali lagi

assalamualaikum....  

Sunday, November 25, 2012

Bahagia Itu Datang Dari HATI Yang Mengenal Tuhan


Takdir Allah bukan untuk di duga, tetapi dicipta. Bukankah Hilal Asyraf ada berkata, "Takdir itu hujung usaha!" Memang ada benarnya. Biarpun kita tidak boleh melawan takdir, bukan bermaksud takdir tidak boleh diubah. Yang dilihat bukanexistence tetapi essence.
Pasrah dan redha akan sesuatu harus diolah dengan baik yakni dengan ikhlas bukan terpaksa. Bertunjangkan nilai Islam, "Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya" kita dapat mencungkil hikmah dan kebaikan di sebalik sesuatu peristiwa. Bergantung di mana kefahaman kita untuk meletakkan kasih-Nya terhadap hamba.
Seharusnya kita tahu, medium fikir mempunyai ruang yang terhad dalam menggapai sesuatu maksud dan erti segala rahsia yang melingkari kehidupan manusia. Walaupun kini keagungan ilmiah dan intelektual manusia dikatakan menjadi asas pembinaan tamadun yang kita gapai sekarang. Namun kita dapat lihat terdapat banyak manusia yang meluahkan rasa kekosongan hati dan kehausan rohani dalam kejayaan yang mereka kecapi.
Dengan ini terbukti kemewahan dan kekayaan tidak memberi apa-apa manfaat apa-apa pun. Selama ini minda dan persepsi kita telah diprogram dengan baik di mana kita beranggapan kebahagiaan itu adalah dengan harta benda, kasih sayang sesama manusia, pangkat, populariti dan pelbagai lagi. Hakikatnya tidak.
Kebahagiaan mahupun kesedihan wujud atas faktor dalaman bukan luaran. Iaitu dipengaruhi dengan bagaimana cara kita berfikir dan mengolah bentuk kebahagiaan yang kita inginkan. Lihat orang miskin, kebahagiaan bagi mereka adalah kekayaan. Buat mereka yang tinggal dalam keadaan sepi mengharapkan teman dan sahabat untuk rasa bahagia. Setiap golongan manusia mempunyai definisi kebahagiaan dan kesedihan yang berbeza-beza.
Dan ketahuilah dalam Islam mempunyai satu definisi kebahagiaan yang terjamin keberadaannya setiap waktu, tempat dan ketika. Definisi ini dilandasi dengan elemen keislaman yang jitu dan universal. Ajaran daripada sunnah, para sahabat dan tabi'in. Tidak mampu diteroka oleh akal, tetapi hanya mampu dikuasai oleh hati. Itulah kebahagiaan dicintai Allah dan RasulNya.
Mengapa dicintai bukan mencintai?
Cuba renungkan seketika, tatkala Allah membenci kita adakah kita mampu untuk beribadah kepada Allah? Tidak! Kerana segala amal dan ibadah yang kita lakukan kepada Dia adalah atas rahmat, kurnia dan cintaNya terhadap diri kita bukan atas kudrat kita sendiri.
Ada satu riwayat kisah yang menyatakan sedemikian, yakni ada seorang tabii'n terbangun pada waktu malam dan melihat hambanya khusyuk beribadah dan bermunajat kepada Allah. Beliau terdengar hambanya berkata, "Ya Allah, demi cintaMu padaku..." lalu beliau menegurnya, "Seharusnya engkau mengatakan demi cintaku kepadaMu..." Tetapi hamba itu menjawab kembali, "Jika Allah tidak mencintaiku, mengapa dia membangunkanku untuk beribadah kepadaNya dan membiarkan kau tidur". Subhanallah, hebatnya cinta Allah kepada hamba-hambaNya.
Apabila seseorang hamba dicintai Allah maka dia akan diberi kefahaman agama oleh Allah. Itu sudah cukup bagi mereka untuk mendepani kegilaan dunia ini yang sering menduga dan menguji keteguhan iman. Dalam hidup mereka susah senang tidak menjadi isu, tetapi redha Allah. Di situ lah kebahagiaan akan tercipta.
Takdir yang menimpa akan diolah dengan seni jiwa kehambaan. Yang tampak indah akan diawasi agar tidak hanyut dan leka. Yang tampak berbentuk musibah dihiasi dengan kesabaran. Kesabaran itu suatu kurniaan yang paling besar untuk seorang mukmin. Satu hadis qudsi berbunyi, "Timpakanlah kepada hambaKu musibah kerana aku ingin mendengar mereka merintih kepadaKu"
Wajarlah saat kita berkata, "Kebahagiaan itu bukan dicari tetapi diraih!" Sesungguhnya terdapat seribu satu kebahagiaan lagi di sisi kita yang kita tidak sedar. Mereka tersembunyi dalam sudut hikmah dan ibrah. Hanya dapat disingkap oleh tingkah laku manusia Ulul Albab dan orang-orang mukmin.
Dalam Al-Quran ada banyak ayat yang menyebut, "Bahawa orang-orang beriman itu tidaklah berasa takut dan bersedih hati." Kerana mereka insan yang mengenal Allah dan seluruh sifat Ar-Rahman dan Ar-RahimNya. Sentiasa bersangka baik dengan Allah dan tidak menduga-duga takdirNya dengan suatu kesan dan hasil yang buruk.
Firman Allah yang bermaksud;
"Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah. Tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita."
(Surah Yunus ayat 62)
Sesungguhnya Islam itu terlalu indah. Seharusnya kita masuki Islam secara menyeluruh bukan secara berjuzu'. Maka dengan itu kita akan mampu keluar daripada tipu daya nafsu dan syaitan. Bebas daripada segala harapan palsu dan berjaya menuju hakikat hidup yang menempatkan kebahagiaan sejati yakni redha ilahi.
Justeru, bermula saat ini, marilah sama-sama kita mengorak usaha untuk mencipta takdir masuk ke SyurgaNya. Bersungguh-sungguhlah kita dan jangan lupa untuk bertawakal kepadaNya. Moga dengan mendekati Allah SWT, akan ada kebahagiaan dan kedamaian untuk kita, di dunia jua di akhirat sana.
Wallahu Anta A'lam. 

Kerana Sedekah Sekupang.


"Adik payung ni berapa harga?" tanya ku kepada adik penjaga gerai.
"Satu RM14.90 kak" jawabnya.
"ok lah akak nak beli satu yang ini" sambil tangan ku memegang payung berwarna hijau.
Lalu 2 keping note merah kuhulurkan kepadanya, dan baki RM5.10 dihulurkan kembali kepada ku,namun aku kembalikan 10sen (sekupang dalam bahasa utaranya) kepadanya.
"Ambillah dik akak sedekah sekupang ni". Bagiku yang penting aku dapat payung untuk mengambil anakku dari kelas mengaji al-quran. kebetulan tanpa ku sangka hujan turun mencurah-curah hari itu.
Selepas mengambil anak, aku bercadang untuk ke gerai seberang jalan untuk membeli makanan tengah hari, namun dijadikan cerita gerai makanan tersebut ditutup kepada orang ramai kerana para pekerjanya sibuk menyiapkan tempahan. Sesampai aku di hadapan gerai makanan tersebut, seorang pekerja menyapa ku,
"kak kita tak buka untuk hari ini, tapi bos saya kata kalau akak nak beli jugak menu yang sama dengan tempahan ada lebihan". Salah seorang pekerja di situ bertanya kepadaku.
"Lauk asam pedas ikan parang, sayur kacang goreng dan sambal belacan saja menunya." Dia memberitahu
"Hmm Bolehlah dik, bungkus dua", kata ku.
Setelah bungkusan bertukar tangan lalu kutanyakan berapa harganya.
"Kak, bos saya kata tak payah bayar dia sedekahkan makanan ini untuk akak dan anak akak". Terpana aku seketika, Alhamdullillah rezeki bisik hatiku.
Sepanjang perjalannan balik peristiwa itu bermain-main dibenak fikiran ku. Pelbagai persoalan yang timbul, mungkinkkah kerana sedekah sekupang ku Allah gandakan balasannya dan ia dibayar tunai. Subhanallah...Alhamdullillah... Nikmat apa yang hendak didustakan lagi?
Aku teringat pada sabda junjungan yang pernah ku baca di laman rasmi Jabatan Kemajuan Islam dulu. 
Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda :
"Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya"
(Hadis Riwayat Muslim)
Sedekah ini umpama pelaburan jangka panjang (long term investment) kerana Allah telah menjanjikan Lima kebaikan di dunia dan lima kebaikan di Akhirat iaitu; 5 kebaikan di dunia
1. Menyucikan harta
2. Menyucikan badan
3. Menolak bala dan penyakit
4. Mengembirakan orang miskin dan mengembirakan orang mukmin
5. Diberi keberkatan keatas hartanya dan diluaskan Allah rezekinya

Manakala 5 kebaikan di Akhirat pula ialah :
1. DinaungkanAllah orang yang bersedekah di hari Qiamat ketika sangat panas
2. Ringan hisabnya
3. Berat timbangannya (amalan) diakhirat
4. Mudah melalui titian siratal-mustaqim
5. Bertambah darjatnya di dalam syurga
Apa yang aku pelajari dari peristiwa ini untuk bersedekah tidak memerlukan wang atau harta yang banyak sebagaimana Sabda Rasulullah SAW :
"Bersedekahlah kamu sekalian, meskipun dengan hanya sebiji tamar, sesungguhnya sedekah itu dapat memenuhi keperluan orang yang lapar dan menghapuskan kesalahan, sebagaimana air dapat memadamkan api"
(Hadis Riwayat Imam Ahmad)
Paling penting hati kita mestilah melakukan dengan ikhlas kerana Allah.
Peristiwa yang telah aku lalui itu betul-betul membekas dihati kerana sedekah sekupang aku dapat makanan untuk dua orang. Sesungguhnya bersedekah itu indah, ayuh sahabat sekalian marilah kita membanyakkan sedekah kerana Allah.

Jangan Ditanya Kenapa..


Dulu, aku hanya wanita biasa yang sering melakukan dosa, sibuk dengan hal duniawi. Jarang sekali aku memikirkan hal akhirat. Sampai satu ketika, hidayah itu datang. Alhamdulillah kerana Allah memilih diriku untuk ke arahNya.
Di penjuru usia, aku menangisi akan semua dosa yang telah ku lakukan. Aku cuba bangkit untuk melakukan perubahan. Aku mula lakukan perubahan sedikit demi sedikit. Sudah pasti apabila seseorang itu melakukan penghijrahan, dugaan akan datang. Aku akur. Orang sekeliling akan sedikit merasa pelik dengan perubahan yang ada.
 "Kenapa engkau berubah.."
"kenapa alim sangat sekarang..."
"Kenapa itu dan kenapa begini? "
Pelbagai persoalan dan respons yang akan telah ku terima. Pada kawan-kawan yang memahami, mereka hanya tersenyum dan mendoakan dalam hati. Tapi pada mereka yang seakan kurang puas hati, mereka mula mempersoalkan.
Pada mulanya aku selalu terfikir,  bagaimana untuk aku hadapi mereka? Sememangnya keadaan itu mulanya sedikit melemahkan aku. Aku sering menangis. Pada Allah aku luahkan. Aku mohon hati aku dikuatkan dan mohon aku istiqamah dalam melakukan perubahan. Alhamdulillah, tidak lama kemudian mereka semua senyap seolah-olah dapat menerima perubahan diri aku.
Sahabat-sahabatku, inginku suarakan rasa hati ini. ''Jangan ditanya kenapa aku berubah, tetapi tanyakanlah pada diri mengapa kita perlu berubah".  Manusia akan berubah bila--bila masa saja dan mereka berubah kerana untuk mendapat redha Allah. Apabila seseorang itu ingin berubah, berilah semangat kepada mereka.
Walaupun mungkin kita bukanlah muslimah yang sempurna, tapi sekurang-kurangnya setiap pertanyaan dan reaksi kita jangan sampai melemahkan orang yang ingin berubah.  Perubahan itu perlu dilakukan, bukan kerana suka-suka, tapi kerana Allah. Kalau dulu kita mungkin kurang baik, kita boleh berubah untuk jadi yang lebih baik.
Adalah lebih baik kita mendoakan sahabat yang ingin berhijrah dari kita mempersoalkan perubahan itu. Dan jika kita mempersoalkan perubahan seseorang itu ibarat kita mempersoalkan kepada Allah. Satu hari nanti, kalian yang lain pun akan berubah dengan izin Allah.

Berusaha lah untuk mencari hidayah Allah dan sentiasa bersangka baik kepada orang lain. InsyaAllah, nikmat berhijrah pasti dirasai. Yang bertudung pendek akan rasa selamat bila bertudung lebih sempurna tanpa memperlihatkan bayangan leher dan rambut. Yang meninggalkan solat akan rasa tenang bila melakukan solat, dan yang mengabaikan al-quran dan sunnah akan terasa dekat dengan Allah dan rasul bila membaca dan memahami.
InsyaAllah, kepada rakan-rakan di luar sana yang sentiasa menyokong terima kasih diucapkan, hanya Allah saja yang dapat balas jasa kalian. Berubahlah selagi ada masa dan berubahlah dengan hati yang ikhlas kerana Allah. 

Thursday, November 8, 2012

Deco-deco. :D

Assalamualaikum.

Hari ni redup je kan? Menandakan hujan bakal turun atau pun hanya redup macam ni sampai ke petang. Itu kita tak boleh jangka sebab ianya adalah kuasa ALLAH. Yang kita boleh tengok petanda-petanda bahawa hujan nak turun. Macam tu jugaklah dengan kehidupan kita. Kita tak boleh tahu masa depan kita macam mana. Tapi kita boleh berusaha untuk kehidupan masa depan. Sama ada apa yang kita rancang ni berjalan seperti yang dirancang ataupun sebaliknya. Tapi kita kena ingat bahawa perancangan ALLAH itu adalah yang terbaik dan indah apabila tiba masanya. So, Bersangka baik dengan ALLAH tak rugi sikit pun. Just Follow~

Baiklah, sebagai seorang penganggur sekarang ni. Aku lebih banyak meluangkan masa dirumah. Dan tempat yang menjadi mangsa lepak aku mestilah bilik tido aku sendiri. Kat situ la aku lepak, aku tidur, aku on9 dan sebagainya.. Tak kan la aku nak pergi lepak bilik mak abah aku pulak kan? Kang mereka ingat anak mereka yang comel ini buang tebiat. hmm. Berbalik kepada bilik tido aku tu, aku memang suka tengok bilik aku ni ceria. Sebabnya, itulah tempat 24 jam aku dihabiskan. Kalau bilik tu suram jer.. nak duduk pun xselesa kan? bak kata pepatah, rumahku, syurgaku... tapi aku pasti dan pasti. SYURGA ALLAH tu lagi indah belaka. tak de pun kat dunia ni yang sama macam syurga ALLAH.. Allah Hu Rabbi. >.<

Baiklah, untuk menceriakan bilik aku ni, aku cuma perlu buat beberapa perubahan dan penambahan.. sebab aku nak decorate lebih-lebih pun, bilik aku ni kecik jer.. padan lah dengan gaya hidup aku yang sederhana ni. ceewah. Aku tak nak cakap banyak-banyak dah. Jom kita tengok gambar yang aku susah payah dan lelah upload ni. heh~


Bilik Aku yang mula-mula.. kosong kan? hii
Ni keadaan bilik selepas aku buat penambahan. *bunga kat dinding oke. jangan kata xde ape2 perubahan. dush !
Gambar dari sudut sisi lain. 
Tadaaa ! Dah hampir siap dah ! :)
Ini la bilik aku selepas didecorate oleh pereka yang tak mahir macam aku ni.
Tak lawa? takper. Janji i selesa. heh~
gambar dari sisi lain.
Nampak tak kat dinding tu?

Dari sudut lain. :)

Baiklah sayang-sayang aku. Setakat itu sahaja dari aku. Korang boleh buat lebih cantik dari aku punya. Modal aku buat bunga kt dinding tu tak banyak pun, RM15.90 jer. Kalau korang ada modal lebih, mungkin boleh tambah bunga, letak meja sudut dan sebagainya.. Yang penting, bersih, selesa dan tak crowded. Senang nak amik barang. Oke? Chill. :)  Tata.

Thursday, November 1, 2012

Kisah Cintaku..


Assalamualaikum.. Kalau baca entry ni, tolong la jawab SALAM. oke? tak payah mana pun. Lagipun, tak salah aku, wajib jawab salam kan. Tapi korang kene amik tahu jugak, aku hanya tujukan salam aku tu kepada orang ISLAM. Kalau orang bukan Islam, korang boleh belanje aku makan aiskrim kalau korang nak. Kalau korang tak nak takpe, aku tak pakse. Sebab kejap lagi mak aku kata nak belanje anak-anak dia ais pop. So, aku tak kesah sangat la nak makan aiskrim yang korang nak belanje tu. Eh, kenapa aku kena melalut panjang-panjang dekat perenggan PERTAMA ni?

Intro je pun ain. Intro kau pun dah macam orang sakit. Yea, memang aku tengah sakit sekarang. Sebab tadi makan ikang goreng tercekik tulang ! rakus sangat ! amik kau ain ! oke, sekarang aku tengah berusaha nak cari idea untuk taip entri aku. Still no idea. Idea, comes to MAMA ~

.....................................................

Lama benar hati aku tak teringin langsung nak update belog. Entah kenape hari ini hati aku bagai meronta-ronta untuk update belog. Yeah, mungkin ada sesuatu kebaikan yang bakal aku perolehi apabila mengupdate belog aku ini. Mungkin.. Aku pun tak pasti. Ahhh, tak kesah la. Macam Zack kata, bukan aku dapat gaji sebulan dua ribu pun kalau aku update belog. Dan aku pasti, bukan ada orang nak baca entri aku yang merepek meraban ni pun. Hahahaha. Aku sendiri pun tak baca dah apa yang aku taip panjang-panjang kat atas tu. So, kalau ada typing error, tak payah la komen kat entri ni dan betulkan kesalahan ejaan aku tu. Sebab aku masih tidak boleh menerima orang lain menegur kesalahan aku. Yela, 4 bulan aku menjadi cikgu praktikal, aku yang selalu menegur student aku. Tiba-tiba aku nak kene tegur kerana kesalahan ejaan? Ah, ini sangat memalukan aku ! jatuh maruah aku ! (egonyew budak ain ni. jentik je telinga dia ! hahaha).

Oke, walaupun dah masuk perenggan yang keempat, aku masih tidak ada idea nak update apa untuk entri aku ini. Yang aku perasan tadi masa tengah STALKER belog SENDIRI, aku ada terbaca dekat chat box tu.  Ada orang (ntah sape, aku pun tak kenal) duk promote-promote kat aku suruh pergi ke belog mereka. Hahaha. Nak pemess macam Zack la tu suh aku usha-usha belog mereka itu (mesti akan ada orang yang tak puas hati dengan kenyataan aku ni. hek~). Aku tau la aku ni orang penting dalam alam maya ni. Ape-ape sikit suh aku pergi usha belog mereka. Suruh aku tengok apa yang mereka tulis tu. Manje betul la ! uhh !

Tapi disebabkan rasa sayang aku kat korang, aku pergi juga kat belog-belog korang. Oke, NICE la jugak ! hahaha. (sangat kejam kan !). Tapi takde ape yang menarik sangat pun. Setakat Jumpa pakwe baru pun nak kecoh satu dunia ! kecccooohh !! kekeke. Oke fine, aku tak marah pun korang nak update ape. Sebab tu kan belog korang. Korang tak kaco pun belog aku kan? Jadi Aku tak berapa kesah sangat lah. Except la kalau korang calling-calling, tagging-tangging n flitting-flirtting aku nak ceritakan tentang pakwe korang. Itu boleh mendatangkan kemarahan kepada aku yang cumell ini kerana aku sendiri pun takde pakwe lagi ! kah~

Oke la, sekarang ni jiwa aku tengah tak tenteram. Jiwa kacau orang panggil dalam bahasa pekan. Sebabnya aku tengah serabut dan pening dan pening dan.. tak tau nak cakap apa dah dengan pakwe aku yang baru ni (kata tak de pakwe. cehhh!). Aku memang tengah dingin dengan dia sekarang ni ! Tak paham bahasa betul la mamat tu ! Aku dah SLOW TALK dengan dia dari SUBUH tadi hingga sekarang, tapi tak mendatangkan sebarang faedah. Dia buat aku macam tunggul batu. Tapi demi cinta sayang hotel aku kat dia, aku masih menunggu dan menunggu. Aku tahu, suatu hari nanti, dia akan bangga kerana mempunyai aku sebagai awekss dia. Well, aku memang baik (malas betul nak bangga ~). Ape-ape pun, sayangku, aku mencintai mu. Aku harap kau tak mengecewakan aku. Sayang kamu ketat-ketat MOHD THESIS BIN PROJEK TAHUN AKHIR ! Muah ! Muah !

*sape-sape yang baru nak flirt2 pakwe baru aku tu. Simpan jauh-jauh. sebab pakwe aku ini SETIA orangnya ! kbaii.*

*sekadar hiasan*