topbella

Friday, February 17, 2012

Dia Nak Cantik Depan Allah.

Subhanallah...

Seorang gadis yg bersiap utk Majlis perkahwinannya dengan solekan dan pakaian yg sempurna..akan tetapi setelah mendengarkan Azan, dia meminta izin kepada ibunya utk bersolat terlebih dahulu, Namun ibunya membantah kerana khuatir akan malu ekoran solekan yg telah hilang dan wajah anaknya tidak akan cantik sebagaimana bersolek..akan tetapi anaknya menggertak utk tetap bersolat kerana padanya "dirinya lebih khuatir tidak cantik pada pandangan Allah" dengan mengabaikan larangan ibunya,dia berwudhuk dan tertanggallah semua solekan di wajahnya...dan di saat itu merupakan sujudnya yang terakhir.......Allahurabbi.....

|| Sempurnakan Akhlakku Ya Allah sebagaimana Kau sempurnakan akhlak hamba-hambaMu yang soleh/solehah ||
----------------------------------------------------------------------------
english versi ♥

A True Story of Real Love & Devotion For Allah…♥

“After performing Salat Al Maghrib, she put on her make-up, wore her beautiful white dress preparing herself for her wedding party, Then she heard the Adhan of ‘Ishaa and she realized that she broke her Wudu…she told her mother:

“Mother, I have to go to make wudu and pray ‘Ishaa”
Her mother was shocked: “Are you in ur right frame of mind?!. Guests are waiting for you, to see u! what about your make –up? It will be all washed away by water!!” then she added
” I am your mother and I order you not to perform salah now! if you make wudu now, I will be angry at you”

Her daughter replied : ”Wallahi I won’t go out from here till I perform my salah! Mother you must know that, ‘There is no obedience to any creature in disobedience to the Creator!’

Her mother said:”What would our guests say about you when you’ll show up in ur wedding party without make-up?! You won’t be beautiful in their eyes! and They will make fun of you!”

The daughter asked with a smile: ”Are you worried because I won’t be beautiful in the eyes of created beings? What about my Creator?! I am worried because, if I miss my salah, I won’t be beautiful in His eyes!”

She started to make wudu, and all her make-up was washed away, but she didn’t care…
Then she began her salah and at the moment she bowed down to make sujud, she didn’t realize that it will be her last one!
Yes! She died while in sujud!

What a great ending for a Muslimah who insisted on obeying her Lord!! Subhan allah!




Kita Sebenarnya..

••► Kita sebenarnya lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram
••► Kita sebenarnya lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal
••► Kita sebenarnya lebih membesarkan hari Sabtu n Ahad daripada hari Jumaat
••► Kita sebenarnya lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan
••► Kita sebenarnya lebih suka lepak, tidur, tengok TV daripada solat dan mengaji
••► Kita sebenarnya lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama Nabi
••► Kita sebenarnya lebih suka menyebut hello! dan hi! daripada Assalamualaikum
••► Kita sebenarnya lebih suka menyanyi daripada berwirid atau bertahmid
••► Kita sebenarnya lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri
••► Kita sebenarnya lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku agama
••► Kita sebenarnya lebih suka ke konsert, karaoke daripada ke ceramah agama
••► Kita sebenarnya lebih suka memaki, ngumpat orang daripada memuji mereka
••► Kita sebenarnya lebih suka mencarut, daripada menyebut MasyaAllah
••► Kita sebenarnya lebih suka kemungkaran daripada membuat kebaikan
••► Kita sebenarnya lebih bangga dgn kejahilan kita drpd b'syukur dgn keimanan kita
••► Kita sebenarnya lebih cintakan dunia daripada urusan akhirat

TETAPI bila orang tanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab bahawa...
••► KITA SEBENARNYA ingin menuju ke Syurga daripada ke Neraka

» Layak kah kita dengan Syurga milik Allah Swt??




Apa Yang Berlaku Di SYRIA ??

PERISTIWA SYRIA.

Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ).
Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.
Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.

BERMULA ZAMAN AYAHNYA- Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.
Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.
Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar'aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.

PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.

BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.

1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.
2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.
4-9000 tahanan ditahan.
5-413 orang telah syahid di dalam penjara.
6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.
10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..
#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI...

FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA.

Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;
#"Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid" -hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.

PERKARA TERBARU.

1-Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.
2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka. tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iran tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iran kerana Iran merupakan negara Syiah.
3-Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID....
4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.
5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.

KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?

1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..
2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.
3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.
4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.
5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.

PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA.

-Mendoakan saudara kita di Syria
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.

Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI"
dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:

Kalam Saidina Ali KWJ; "Sesungguhnya negeri yang batil itu sejkejap sahaj sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat".

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra' ayat 81;
"Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd ayat 17 ; adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.
(Jzkk AKH Abu Abdullah)
(Disampaikan pada 6 Disember 2011 di Uni Putra Malaysia)

By: Muhammad Nur Aufa

Thursday, February 16, 2012

Fikirkan.. Untuk Apa.?

Maaf, andai salah berbicara. Kenapa saya rasakan seolah fenomena purdah dan niqab sedang melanda fb saya? ^_^. 
Ikhlas saya khabarkan rasa hati, ada yang membuatkan saya rasa bangga dan tidak kurang juga ada yang membuatkan saya rasa jelek! Astaghfirullah... 

Ingat sabda Rasulullah SAW; 


"Tidak aku tinggalkan fitnah yang lebih berbahaya bagi seorang lelaki daripada (fitnah) wanita." 
(HR Bukhari). 

#Jangan Kejar Yang Sunat, Tapi Tinggal Yang WAJIB.#



Wednesday, February 15, 2012

Anak dan Ayah..

Ayah : sejak bila kamu merokok ni? ayah kecewa la dengan kamu..

Anak : Ayah..jangan salah paham ayah..

Ayah : Salah paham apenye..dah kantoi tu buat la cara kantoi..


Anak : Saya sebenarnya sangat2 bencikan rokok yang musnahkan para pemuda 

negara kita ni.

Ayah : amboii..dah kantoi camni kamu belit2 pulak ye?

Anak : Betol la ayah..saya nak sangat bakar kilang-kilang rokok tu semua..tapi

memandangkan kilang ROKOK tu besar dan ada banyak pengawal jadi saya CUBA 

BAKAR ROKOK TU SATU PERSATU!


Ayah : *___*



Kaki Itu Aurat ? :)

Seperti mana yang semua orang tahu, aurat wanita adalah seluruh tubuhnya iaitu dari hujung rambut hingga hujung kaki kecuali muka dan pergelangan tangannya. Ia telah direkodkan dalam hadith sahih yang berbunyi:

Asma’ binti Abu Bakar telah masuk ke tempat Rasulullah s.a.w berada sedangkan dia memakai pakaian nipis. Rasulullah s.a.w lalu berpaling daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” (H.R. Abu Dawud)

Ummu Salamah pernah bertanya Rasulullah s.a.w, “Apakah seorang wanita boleh menunaikan solat di dalam pakaian labuh dan tudungnya jika dia tidak mempunyai sarung?” Rasulullah s.a.w menjawab, “Asal pakaian labuh (jubah) itu sempurna dan menutupi zahir kedua kakinya.” (H.R. Abu Dawud)


Di zaman moden kini tak ramai yang mahu menutup aurat sepenuhnya seperti mana yang dilandaskan oleh syarak. Mungkin ada yang beranggapan kaki bukanlah suatu yang wajib ditutup kerana ia tidak mendatangkan syahwat kepada lelaki, namun tanggapan itu jelas salah. Ada juga yang mungkin tidak mengetahui bahawa pergelangan kaki adalah termasuk daripada aurat yang wajib ditutup wanita. Zaman kini wanita beranggapan bahawa pergelangan kaki bukan lagi satu aurat walhal dalam Al-Quran telah jelas menyuruh wanita menutup aurat sepenuhnya moga dengan itu mereka akan dianggap wanita yang baik-baik dan tidak akan diganggu.

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Ahzab, 33:59)

Namun kerana pergelangan kaki adalah anggota paling bawah dan sentiasa terdedah, maka ada rukhsah (keringanan) ke atasnya dalam menutupinya. Antaranya ialah:

~Wanita yang di mana adik iparnya (adik lelaki kepada suaminya) tinggal tetap bersamanya dan suami dibenarkan untuk tidak menutup aurat kaki (pergelangan kaki) di dalam rumahnya oleh kerana ia akan sentiasa sibuk membuat kerja rumah yang mungkin mendedahkan ia dengan basah pada kaki. Namun jika adik iparnya bukan tinggal tetap (tempoh masa lama) bersama abangnya, maka tidak dibenarkan atas keringanan ini.

~Wanita yang sibuk membuat kerja dapur, di mana dia terdedah kepada persekitaran dan pekerjaan yang basah, tatkala itu pula terdapat orang bukan mahram memasuki dapur untuk sesuatu hajat, maka keringanan ke atasnya untuk tidak menutup pergelangan kaki.

~Wanita yang telah sangat tua (golongan-golongan nenek) dan tidak mempunyai langsung nafsu syahwat.
Darurat.

Oleh itu, tutuplah aurat kaki dengan apa cara sekalipun, sama ada melabuhkan kain sehingga tidak menampakkan pergelangan kaki atau gunalah cara mudah iaitu memakai stoking yang tebal supaya tidak ternampak pergelangan kaki dan warna kulit. Jika kita sudah menutup aurat dengan memakai tudung yang labuh, baju yang longgar, tetapi pergelangan kaki masih tidak tertutup, itu menandakan kita punya masalah dalam memahami aurat yang dilandaskan syarak. Pakailah pakaian seperti mana kita solat kerana solat kita hanya sah dengan menutup aurat dengan sempurna. Jika di tempat awam kita diwajibkan begitu, apatah lagi di Masjid atau tempat-tempat mulia bukan? Adakah kita rela dibakar oleh Neraka hanya kerana kita mengambil ringan akan hal ini?

Seorang muslimah sejati akan berbicara begini:

Ku RELA stoking kaki ku BASAH terkena air yang melimpah daripada kakiku TERKENA PECIKKAN API NERAKA.

Ku RELA berpanas memakai jubah MENUTUP segala aurat yang ku JAGA daripada ku berendam dalam LAUTAN NERAKA.

Ku RELA rambutku disimpan RAPI terpelihara juga TUDUNGku labuh ke bawah dada daripada DIGANTUNG rambutku hingga MENDIDIH OTAK derita.


Cahaya Keimanan Pada Seseorang..


Saat kupu-kupu itu.... ƸӜƷ

Gambaran jiwa yang bersih oleh penyair Tunisia Ahmad Mukhtar Al-Wazi..

Kata-kata yang ringkas tetapi memiliki makna yang cukup mendalam.



"Tenang dalam diamnya,
Lebih jelas dari orang yang berbicara.
Bila diamnya terlalu lama,
Tergugahlah ia oleh keharusannya untuk bergerak.

Betapa sering ia melihat bayangan dirinya,
Yang terpantul dari riak air,
Seakan-akan bintang yang berkilauan,
Sedang permukaan air adalah cakerawalanya.

Ia terbang mengelilinginya,
Menatapinya dan merindukan seandainya dapat hinggap padanya,
Akan tetapi hampir saja ia binasa tenggelam,
Andai dirinya tidak segera sedar.

Itulah gambaran jiwa yang beriman,
Mustahil membodohi dirinya,
Jelas sekali perbezaan antara kesesatan dan petunjuk baginya."


1.petanda keimanan;

~Pendiam selalu berfikir,
~Merenung dengan tenang,
~Tidak banyak berbicara,
~Menjauhi gurau senda,

Akan tetapi di selubungi oleh kewibawaan yang berpengaruh dan keindahannya benar-benar menyentuh hati.

2. Diam memang sunnah manusia tetapi bagi org mukmin tidak bermakna ia adalah kemalasan, bersantai. Tetapi rehatnya itu hanya datang sebentar. Mukmin itu sendiri membuang sifat rehatnya oleh kerana rasa dorongan dari dalam dirinya disebabkan oleh berkat pengetahuan atau kebijaksanaan yang tertanam dalam dirinya. Syaitan tetap akan meggodanya untuk terus tenggelam dalam kemalasan tetapi cerminan ilham keimanan dapat melawannya dari tipu daya berupa senang dipuji, kedengkian atau mempunyai cita-cita untuk meraih yang fana secara berlebihan.

3. Semakin dekat semakin jelas gambaran sebenar. Jika sang kupu-kupu itu hanya melihat dari kejauhan berkilau itu adalah riak air semata-mata. Tetapi jika terlalu dekat dapatkah ia menyelmatkan diri daripada gelombang air tinggi, yang pasti akan membasahi dirinya, memberatkan sayapnya untuk terbang kembali, atau membiarkan dirinya dari terus tenggelam dan binasa.


Dengan pengertian ini mukmin itu perlukan nasihat dan larangan serta panduan melalui ungkapan "raqaa'iq" yang melembutkan hati kita. Agar jiwa-jiwa beriman ini tidak jatuh semula setelah kukuhnya bertapak, hanyalah disebabkan oleh kilauan bayangan yang memujuknya untuk mendekati. Sedangkan kehidupan sang kupu-kupu itu hanyalah terletak pada tempat tinggi, dan keselamatannya juga terletak pada ketinggian.

~ Petikan dari tulisan Muhammad Ahmad Ar Rasyid dalam bukunya pelembut hati