topbella

Thursday, May 26, 2011

Faham Fikah.. ^_^





Assalamualikum…
Salam Isyak..
Hekhek~
 Hari ni aku nak ampa baca satu kisah..

SyafiQah termenung. Dia berasa sungguh sedih. Pada fikirannya, segelas minuman sejuk perisa buah-buahan yang tersedia di hadapannya terpaksa dicurahkan begitu sahaja ke dalam singki. Dia tidak berani hendak menikmatinya. Namun sebenarnya dia juga tidak sanggup hendak membuang minuman kesukaannya itu.

" Minumlah air itu. Kenapa dipandang saja?" Emak menyapa, membuatkan Syafiqah sedikit terkejut. Dia menunggu emaknya datang dekat kepadanya.

" Kenapa? Syafiqah tidak suka?" Tanya emak lagi.
" Bukan, tapi ada semut. Banyak ... empat lima ekor," Jawab Syafiqah.
" Mana ada semut ..."
" Ikah dah buang. Ikah cedok dengan sudu."

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh at-Tarmizi, Rasulullah SAW bersabda :
"Wahai Salman, setiap makanan atau minuman yang di dalamnya ada binatang yang tidak mempunyai darah yang mengalir, yang mati di dalamnya, maka, makanan atau minuman itu halal dimakan dan diminum serta juga untuk dibuat berwuduk.”

Dalam hadis yang lain : Rasulullah SAW bersabda : "Apabila terjatuh lalat ke dalam minuman, maka hendaklah lalat tersebut dibenamkan, setelah dibenamkan ia perli dibuang kerana pada sebelah sayapnya ada penyakit dan pada sayap sebelah lagi ada penawar.” (RIWAYAT BUKHARI, ABU DAWUD DAN IBNU MAJAH DARIPADA ABU HURAIRAH R.A)

Boleh dibuat kesimpulan berdasarkan hadis ini bahawa semut bukanlah binatang najis. Semut dan juga lalat merupakan binatang yang tidak mengalir darahnya ( tidak berdarah). Malah dari aspek kebersihan, semut lebih suci dan bersih berbanding lalat.

Semut tidak menajiskan air atau minuman dan makanan. Buang semut yang terjatuh di dalam minuman dan air itu masih boleh diminum. Tiada perselisihan ulama dalam masalah ini. Semuanya berpendapat lalat yang terjatuh ke dalam makanan atau minuman itu boleh diminum atau dimakan.

SUMBER : USTAZ DR NIK YUSRI ( MAJALAH TERBITAN ASUH) ^_^

Haaaa..dah baca ke??
Kalau dah baca..
dah paham??
Kalau dah paham..
Jangan lupa ceghiter kat kengkawan yang lain oke.!
Bagi sapa2 ada anak, ceghiter kat anak pulak oke..!! 





4 doakan Wardatul Jannah kurus :):

Anis izyan Abd Rahman said...

btol2x , penah bace jugak nie

Miss Are-In Rafaaeell said...

@Anis izyan Abd Rahman hehe.. dulu dah baca jugak..tapi tak da bukti hadis..ni baru tahu kesahihanhannya....hekkkk~

biawak goreng said...

lalat tuh taw gak... semut tu... x taw lak...tanx share...
tapi risau makan semut... sekor semut bodoh 40 hari...erk betul ke?

Miss Are-In Rafaaeell said...

@biawak goreng hehehe..awak ni..buat ape nak makan semut sesajer..kalau minuman tu ada semut..dan niat tak nak mebazir..xpe..Allah paham lah cyg..kan semua tu datang dari Allah jugak.. :)

Post a Comment

Mendoakan kebahagiaan cikgu ain rafaaeell :)