topbella

Saturday, March 12, 2011

A Letter from Mom and Dad..





Assalamualaikum..
Serius, aku xboleh tahan tengok video ni..
Rasa macam nak balik kampung sekarang jugak jumpak mak ngan abah aku..
Aku betul-betul rindu kat depa..
Mak, abah.. along rindu sesangat...



Ya Allah, ampunkanlah dosaku..
Dosa bonda dan ayahandaku..
Seperti mana mereka menjaga aku semenjak kecil lagi..
Jauhkan mereka dari azab api neraka..
Jadikanlah mereka penghuni syurgamu Ya Rabbi..
Permudahkan lah segala urusan mereka..
Bahagiakanlah mereka selama-lamanya..
Ya Allah..
Jauhkanlah mereka dari azab kubur..
dan siksanya hari pembalasan..
Aku mohon..
Amin Ya Rabbal Alamin..

Mak..abah..
Maafkanlah segala kekasaran aku pada kalian..
Maafkan aku sekiranya aku tak mampu jadi seperti yang kalian harapkan...
Mak, abah.. doakan kejayaanku dunia akhirat..

Mak..mungkin aku tak sedar, percakapan aku pernah melukakan aty mak..
kata-kata aku membuatkan hati mak tersentuh..
Tapi mak..jauh di sudut ati aku..
Aku betul-betul perlukan mak untuk setiap titik perjuanganku..
Mak,dulu mungkin aku selalu melawan cakap mak..
Dulu aku mungkin degil mak..
Dulu mungkin aku tidak dapat menjadi seperti yang mak harapkan..
Mak, aku tahu yang aku tidak pandai seperti anak-anak mak yang lain..
Mungkin aku terasa hati kerana mak membezakan kami..
Tapi aku tahu yang mak tidak berniat begitu..
kan mak??
Mak mungkin nak bagi aku semangat untuk teruskan perjuangan..
Tapi aku betul-betul keseorangan mak..
Mak, kadang-kadang aku terasa bila kau melebihkan anak-anak mak yang lain..
Mak, aku teringin nak mak dengan abah datang melawat aku di asrama..
Sama seperti kawan-kawan aku yang lain..
Tapi aku tak pernah merasa semua tu..
Walau pun 5 tahun aku kat sana..
Tapi mak boleh jenguk anak-anak mak yang lain di asrama mereka..
Mungkin mak malu nak datang sekolah aku..
Aku tak pandai macam anak-anak mak yang lain..
di Sek Men Sains..
di MRSM..
Sekolah aku sekolah biasa mak..
Tak pe mak, aku tak pernah salahkan mak..
Malahan aku lebih berusaha untuk buat mak dengan abah bangga dengan kejayaanku..
Mak, aku tak pernah lupa setiap nasihat dan kata-kata yang mak berikan..
Untuk pengetahuan mak, setiap hari aku tulis surat untuk mak..
Aku sangat-sangat rindukan belaian mak..
Tapi aku tak berani nak bagi dekat mak..
Aku malu dengan mak.. dengan anak-anak mak yang lain..
Mak aku tengah menagis sekarang ni..
Aku rindukan leteran mak dekat aku..
Walau apapun yang terjadi,
Aku sumpah mak, aku tetap akan teruskan perjuangan hidup ini dengan berkat iringi doa mak 
Aku tahu mak sangat menyayangi aku..
Mak, maafkan aku sekiranya aku banyak berahsia denganmu..
Bukannya niatku untuk sorokkan sesuatu..
Tapi aku tak nak mak risau..
Semoga mak bangga dengan anak-anak mak yang lain..
Walaupun aku tak mampu jadi seperti mereka..
Aku doakan kejayaan mereka dunia akhirat..
Aku sayang mak sangat-sangat..
:(

Abah, sejak kecil aku sering dirontan oleh mu..
Abah, memang aku nakal..
Aku sering melawan kata-katamu..
Aku sering buat kau menangis..\
Walau tidak kau pamerkan..
Tapi aku nampak abah..
Maafkan aku ..
Abah, setiap apa yang kau suka..
yang kau minati..
Semua itu juga menjadi kegemaranku..
Kerana aku begitu hormat kepadamu..
Aku bangga menjadi anakmu..
Abah, mungkin aku jarang mengungkapkan kata sayang..
Atau tak pernah..
Tapi,hati aku menangis bila melihat kau letih mencari rezeki untuk kami sekeluarga..
Tabahnya hatimu abah..
Abah,aku tidak mampu untuk mempamerkan kasih sayangku padamu dengan kata-kata..
Tapi aku meluahkannya melalui kad-kad yang aku berikan kepadamu..
Tetapi kadangkala aku sedih melihat kau tidak mengendahkannya..
Tapi aku tak pernah mendendami mu abah..
Mungkin abah tak perasan kehadiran kad-kad tersebut..
Itu tak bermakna kau tak sayang aku kan abah??
Aku tahu kau sangat menyayangi aku..
Abah, aku akan teruskan perjuangan ini selagi termampu..
Itu janji aku..
Moga Allah permudahkan urusanku..
dan 
Urusanmu abah..
Amin..




0 doakan Wardatul Jannah kurus :):

Post a Comment

Mendoakan kebahagiaan cikgu ain rafaaeell :)